Bukan pasal uncle tu yang saya nak ceritakan, tetapi cara mengubati DEMAM DENGGI. Mungkin ada yang dah tau, mungkin ada yang belum tahu.
Demam denggi terjadi apabila jumlah PLATLET dalam darah berkurangan secara mendadak. Jumlah platlet normal adalah dalam lingkungan 150,000 hingga 400,000 platlet. Pesakit biasanya di sahkan mengidap denggi apabila jumlah platlet kurang daripada 300-100. Ada sesetengah kes, ia boleh berkurangan sehingga 0.
CARA MENGUBATI
Carilah KETAM NIPAH. Terpulanglah nak masak sup ke, masak lemak cili padi ke, asalkan masakan berkuah. Berikan pesakit denggi tu makan dan hirup kuahnya. Insyaallah, jumlah platlet dalam darah akan bertambah dengan cepat. Pengalaman saya, apabila isteri saya disahkan demam denggi dengan jumlah platlet di bawah 100. Alhamdulillah, isteri saya dibenarkan discharge setelah 24jam makan sup ketam nipah. Dimana nak dapat ketam nipah ni? Di tempat lain saya tak tahu, yang saya tahu ia ada banyak dijual di selepas jambatan menuju ke Tanjung Dawai di Sungai Petani. Tempat tu memang popular ketam nipah. Tempat lain saya tak tau. Mungkin ada. Cubalah cari di tempat terdekat dengan anda. Ataupun google je. Ada perbezaan antara KETAM NIPAH dengan KETAM BATU. Perbezaannya adalah di KAKI BELAKANG. Kaki belakang ketam nipah berbentuk PIPIH/LEPER. Kaki belakang ketam batu berbentuk TAJAM/RUNCING sama seperti kaki di hadapan. Harap info ini boleh membantu. Sebarkan jika perlu.



[Ini pengalaman sebenar saya. bukan copy paste.. :-) ]
No comments:
Post a Comment