Nuffnang

Thursday, December 30, 2010

myMetro | Belasah sampai lembik



KUALA LUMPUR: Hanya kerana kereta mewah miliknya terkena ludah, seorang lelaki bertindak kejam membelasah seorang kanak-kanak berusia enam tahun sehingga mangsa parah dan terpaksa dimasukkan ke hospital selama empat hari.

Kejadian menyayat hati itu berlaku kira-kira jam 4.30 petang Ahad lalu, apabila mangsa, Solihan Ramzan, secara tidak sengaja meludah sisa makanannya dari rumahnya yang terletak di tingkat satu bangunan rumah kedai di Jalan Batu Belah, Jalan Ipoh, di sini.


Bapa saudaranya, Mohd Amir Salamatula, 43, berkata ludahan Solihan itu terkena kereta BMW milik lelaki berusia 30-an itu yang diletakkan di tingkat bawah.

“Melihat perbuatan anak saudara saya menyebabkan keretanya kotor, lelaki itu terus masuk ke dalam rumah lalu membelasahnya sehingga nyawa-nyawa ikan.


“Ketika kejadian hanya ibu Solihan berada di rumah, namun dia tidak sedar kerana sedang tidur di dalam bilik. Mujur ibu saudaranya yang tinggal berjiran menyedari kejadian itu dan segera merayu lelaki itu menghentikan perbuatannya,” katanya.


Bagaimanapun, kata Mohd Amir, rayuan itu tidak dihiraukan malah seperti dirasuk dia terus membelasah Solihan sehingga lembik.

“Tidak tahan dengan perbuatan lelaki berkenaan, saudara saya menawar diri supaya dia dibelasah dan Solihan dilepaskan, namun usaha itu juga tidak berhasil.


“Selepas Solihan lembik dan muntah darah, barulah lelaki itu melepaskannya dan meninggalkan rumah,” katanya yang datang ke pejabat Harian Metro di sini, semalam.

Mohd Amir berkata, ibu Solihan yang menyedari kejadian itu terkejut apabila melihat anaknya berlumuran darah dan segera membawa kanak-kanak itu mendapat rawatan di Hospital Selayang.


“Solihan berada di hospital itu selama empat hari selepas doktor mendapati ada darah beku di kepalanya dan matanya juga rosak. Dia baru dibenarkan pulang petang ini (semalam), namun perlu mendapatkan rawatan susulan untuk pemeriksaan mata pada Sabtu ini dan darah beku di kepalanya pada 28 Februari depan,” katanya.


Menurutnya, laporan mengenai kejadian itu dibuat di Balai Polis Jinjang pada 26 Disember lalu.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan yang dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

myMetro |
Belasah sampai lembik


NAMUN APAKAH TINDAKAN YANG DIAMBIL KEATAS PEMILIK BMW BERKENAAN?? Takde pun. ORANG KAYA SELALU MENINDAS ORANG MISKIN. ORANG MISKIN SELALU DI TINDAS!! Geramnya!!!

Sunday, December 19, 2010

myMetro | SMS akhir

BATU PAHAT: Mangsa pembunuhan kejam yang ditemui kira-kira 100 meter dari rumahnya di kebun sawit di Parit Ju Darat, Tongkang Pechah di sini, kelmarin, dikatakan sempat menghantar SMS nyawanya terancam kepada seorang rakan ketika kejadian, Rabu lalu.

Malangnya, mangsa, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Putra Tongkang Pechah, Siti Mazni Abdul Rahman, 14, gagal memberi lokasi menyebabkan rakannya itu tak dapat memberikan bantuan dan mendiamkan diri.

Nenek mangsa, Mailiah Idris, 62, berkata perkara itu dimaklumkan bapa arwah, Abdul Rahman Hassan, 43, apabila dia mencari anak sulung daripada empat beradik itu sehari selepas dilaporkan hilang.

“Saya ada di rumah ketika kejadian dan Siti Mazni memberitahu ingin keluar rumah untuk bertemu rakan di kawasan berhampiran pada kira-kira jam 5 petang.

“Selepas itu dia tidak pulang ke rumah dan menganggap dia terus membantu ibu bapanya berniaga roti canai di Tongkang Pechah.

“Bagaimanapun, apabila ibu bapanya pulang dan mencarinya, barulah kami sedar kehilangannya dan membuat laporan polis di balai Tongkang Pechah keesokannya,” katanya.

Menurutnya, selain membuat laporan polis bapa arwah menghubungi beberapa rakan dan salah seorang daripada mereka memberitahu, arwah sempat menghantar SMS mengatakan dia akan dibunuh.

Bagaimanapun, katanya, rakannya itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana arwah tidak sempat memberitahu lokasi dia berada.

“Kami hanya tahu arwah berada di kebun sejauh kira-kira 100 meter dari rumah apabila sepasukan polis datang ke kawasan itu jam 5 petang kelmarin,” katanya.

Mak cik mangsa, Arina Syairah Muhammad Fauzi, 18, berkata dia bermimpi arwah bergelut dengan lelaki selama tiga malam berturut-turut, sebelum diberitahu arwah ditemui meninggal dunia di dalam sebuah kebun kelapa sawit.

Katanya, kali terakhir dia bertemu mangsa Jumaat lalu sebelum pergi ke Kuala Lumpur bersama rakan sekolah.

Menurutnya, bermula Ahad hingga Selasa, dia bermimpi arwah yang memakai kemeja-t berwarna merah jambu, bergelut dengan lelaki menyebabkannya bimbang dan menghubungi arwah pada Selasa lalu.

“Kali terakhir kami berbual, saya dapati dia ceria seperti biasa menyebabkan saya tidak menyangkakan apa-apa kejadian buruk akan berlaku terhadapnya.

“Bagaimanapun, saya diberitahu dia hilang sejak Rabu lalu seolah-olah mengiyakan mimpi buruk yang saya alami itu, sebelum ditemui meninggal dunia Jumaat lalu,” katanya.

Menurutnya, mereka yang rapat sejak kecil tidak menyangka kejadian itu akan berlaku terhadap mangsa dan berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan bagi memberkas penjenayah terbabit.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Adnan Azizon berkata, bapa mangsa membuat laporan polis kehilangan anak perempuan berusia 14 tahun Khamis lalu dan sepasukan polis menyiasat aduan berkenaan.

“Bagaimanapun, tengah hari kelmarin suspek berusia 15 tahun datang ke balai polis membuat laporan mengatakan dia melihat satu pembunuhan dilakukan seorang rakannya, di kebun sawit di Parit Ju Darat, Tongkang Pechah di sini, menyebabkan kami menahan suspek kedua berusia 16 tahun itu.

“Namun, hasil siasatan mendapati suspek pertama turut terbabit sebelum kami dibawa ke lokasi pembunuhan dan menemui mangsa pada kira-kira jam 5 petang kelmarin,” katanya.
myMetro | SMS akhir

myMetro | 5 polis derita santau



KUALA LUMPUR: Risiko sebagai anggota polis bukan sekadar ancaman maut melalui senjata moden, tetapi turut diserang melalui cara mistik oleh penjenayah yang menyimpan dendam kesumat apabila kegiatan mereka ditumpaskan.

Itu terpaksa ditempuhi seorang anggota polis hanya mahu dikenali sebagai Hafis dan empat rakan sekerjanya yang kini menderita sakit perut dipercayai akibat ditujukan ‘santau katak puru’ dan ‘santau angin’ oleh seorang dalang sindiket mencuri motosikal.


Menurut Hafis, 23, akibat perbuatan itu seorang daripada rakannya paling teruk menderita apabila ditujukan santau katak puru hingga menyebabkan perutnya membesar seperti wanita mengandung dan keras seolah-olah diisi pasir dan batu.

“Saya dan tiga rakan lain mengalami nasib sama, namun cara santau yang digunakan berbeza. Kata bomoh, kami berempat ditujukan santau angin yang menyebabkan kami sakit perut.


“Orang yang menghantar santau itu menggunakan objek seperti paku, jarum, rambut dan tulang babi hutan sebagai ramuan racun yang dimasukkan ke dalam makanan kami.


“Kami dinasihatkan supaya tidak makan di restoran kegemaran kerana racun santau itu ditujukan terus ke situ. Bukan sekadar melalui makanan, malah racun santau juga akan ‘melekat’ pada badan kami setiap kali kami datang ke restoran berkenaan,” katanya.

Hafis berkata, mereka berlima menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional selepas doktor gagal mengesan punca mereka sakit perut dan kerap demam.


Menurutnya, kejadian itu mula mereka sedari awal bulan lalu apabila seorang rakan terbabit memberitahu dia menerima SMS amaran berbunyi ‘siaplah korang, salah satu jarum akan kena pada kau dan kawan-kawan kau yang lain...tunggu je lah hari mati korang’.

“SMS itu dihantar seorang daripada suspek sindiket mencuri motosikal yang saya dan rakan-rakan tumpaskan Mei lalu dan dia kini masih dalam proses pengadilan.


“Namun, saya tak ambil berat sangat mengenai SMS itu kerana hal ugut-mengugut dan amaran sudah lumrah dalam kerjaya kami,” katanya.


Bagaimanapun, kata Hafis, telahannya meleset apabila selang seminggu kemudian, dia menerima khabar seorang rakannya yang terbabit dalam usaha melumpuhkan sindiket mencuri motosikal itu sakit teruk akibat penyakit misteri.


“Bomoh mengatakan penyakit itu ada kaitan dengan seekor katak puru yang diletakkan dalam kawasan rumahnya dan haiwan itu digunakan sebagai ‘alat’ untuk memastikan ilmu hitam yang ditujukan kepada mangsa lebih berkesan.


“Lebih menakutkan, bomoh berkenaan memberitahu jika katak itu tidak ditemui, kawan saya itu sukar dipulihkan dan akan menemui ajal perlahan-lahan,” katanya.


Hafis berkata, bimbang keadaan rakannya itu, mereka mencari katak dimaksudkan sepanjang malam sehingga ia ditemui di bawah tangga rumah dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.


Dia mendakwa, mereka bernasib baik kerana katak puru itu ditemui awal kerana keadaannya yang tinggal nyawa-nyawa ikan menandakan rakannya mungkin menemui ajal pada bila-bila masa.


Sebelum itu, Hafis berkata, anak rakannya pernah bercerita mengenai beberapa kejadian pelik berlaku di rumahnya seperti mendengar seseorang mengorek tanah dan menanam sesuatu di luar rumah.


“Selepas rakan pertama itu menderita sakit perut, saya dan tiga rakan lain pula mengalami masalah sama. Kami pergi ke hospital, tapi doktor tidak dapat mengesan punca penyakit kami.


“Kami terpaksa merujuk pengamal perubatan alternatif dan kami dimaklumkan perut kami sakit disebabkan perbuatan khianat,” katanya. Hafis berkata, walaupun lebih sebulan kejadian itu berlaku, dia dan rakan-rakan belum sembuh sepenuhnya kerana bisa akibat cucukan daripada barangan kotor yang dihantar itu belum dikeluarkan sepenuhnya

myMetro | 5 polis derita santau

Thursday, December 16, 2010

Remaja di flat terdedah zina




KUALA LUMPUR – Remaja yang tinggal di kawasan flat kos rendah dikenal pasti antara mereka yang berisiko tinggi terdedah kepada perbuatan zina dan pembuangan bayi.

Ketua Sub-Unit Seksualiti, Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Hamizah Mohd. Hassan berkata, jarak rumah yang terletak berhampiran antara satu sama lain boleh mendorong kepada perbuatan tersebut.




“Mungkin disebabkan tinggal berdekatan, mereka terdedah melakukan seks bebas di rumah. Lebih-lebih lagi, apabila ibu bapa tiada di rumah kerana bekerja syif atau melakukan sehingga dua atau tiga pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Muzakarah Pakar Menangani Zina Serta Pembuangan Bayi Di Kalangan Remaja Dan Pelajar Sekolah di sini semalam.

Dalam pada itu, Hamizah memberitahu, dasar untuk membendung masalah perzinaan masih kurang jelas. dasar sedia ada lebih menjurus kepada pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial sahaja tetapi kurang memberi perhatian kepada perzinaan dan salah laku seksual.

myMetro | Tikam kekasih



KUANTAN: Berang selepas gagal mendapatkan nombor telefon baru bekas kekasihnya, seorang lelaki bertindak kejam apabila menikam lengan dan paha kiri gadis berkenaan sebelum melarikan motosikal mangsa dalam satu kejadian di Bandar Jengka, Maran, kelmarin.

Tindakan gila buruh berusia 28 tahun itu tidak berakhir di situ apabila dia meninggalkan mangsa yang berusia 23 tahun di tepi jalan mengerang kesakitan sebelum diselamatkan orang ramai yang menghantarnya ke hospital untuk menerima rawatan.

Difahamkan, pasangan kekasih berkenaan baru memutuskan ikatan cinta mereka kira-kira seminggu lalu membuatkan suspek yang masih tergila-gilakan mangsa hilang pertimbangan seakan-akan ‘gila talak’.

Pegawai Turus Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Superintendan Noor Asyikin Syamsuri berkata, dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa baru keluar dari sebuah kedai makan menuju ke motosikalnya sebelum terserempak dengan bekas teman lelakinya.


Katanya, suspek terus mengekori mangsa hingga ke tempat letak motosikal di depan kedai makan berkenaan sebelum meminta nombor telefon barunya.


“Gadis yang bekerja sebagai jurujual enggan melayan pertanyaan itu terus meninggalkan suspek.

“Suspek mengejar mangsa dan mengarahkannya memberhentikan motosikal ketika tiba di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Noor Asyikin berkata, suspek berkali-kali meminta gadis berkenaan memberitahu nombor telefon barunya, namun mangsa tetap berkeras enggan berbuat demikian menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.

“Berang selepas permintaannya ditolak, secara tiba-tiba suspek mengeluarkan pisau dan menikam lengan dan paha kiri bekas kekasihnya itu menyebabkan mangsa rebah berlumuran darah,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian merayu meminta pertolongan lelaki berkenaan menghantarnya ke hospital mendapatkan rawatan dan suspek bersetuju menghantar bekas kekasihnya itu menaiki motosikal gadis itu.

“Ketika dalam perjalanan mangsa menyedari suspek tidak membawanya ke hospital sebaliknya ke destinasi lain menyebabkan gadis berkenaan terjun dari motosikal diboncengnya

“Menyedari keadaan berkenaan, suspek bertindak memecut motosikal milik bekas kekasihnya itu dan meninggalkan gadis terbabit mengerang kesakitan di tepi jalan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, mangsa diselamatkan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

Menurutnya, polis sedang giat memburu suspek dan identitinya sudah dikenal pasti.

“Kes berkenaan masih dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya.
myMetro | Tikam kekasih

Wednesday, December 15, 2010

myMetro | Gempar aksi panas 2 beradik




BUTTERWORTH: Penyebaran rakaman aksi seks sepasang kanak-kanak yang didakwa adik-beradik melalui telefon bimbit menggemparkan penduduk sekitar bandar ini serta mencetuskan kebimbangan mengenai semakin parah keruntuhan moral masyarakat negara ini.

Ini kerana usia pasangan terbabit masih terlalu muda. Budak lelaki terbabit dipercayai berusia antara 11 dan 12 tahun manakala pasangan perempuan antara 13 dan 14 tahun.

Aksi berahi mereka dirakam dari pelbagai sudut dipercayai dalam bilik hotel atau motel oleh pihak ketiga berdasarkan katil dan keadaan sekitar.

Kakitangan swasta dikenali sebagai Azman, 25, yang memperoleh video itu melalui bluetooth daripada rakannya, berkata dia terkejut sebaik melihat aksi pasangan terbabit kerana mereka terlalu muda dan dipercayai masih bersekolah.


“Budak lelaki itu seperti murid tahun lima atau enam manakala remaja perempuan mungkin dalam tingkatan satu atau dua. Kemungkinan mereka adik-beradik kerana fizikal remaja lelaki lebih kecil berbanding pasangannya.


“Saya menggeleng kepala sebaik melihat aksi mereka yang tidak ubah seperti orang dewasa. Bayangkan apa akan jadi kepada mereka pada masa depan dan bagaimana penerimaan ibu bapa mereka jika mengetahui perkara ini,” katanya, semalam.

Menurutnya, tindakan pasangan kanak-kanak itu menggambarkan keadaan moral masyarakat yang semakin merosot dan keadaan ini yang menyumbang peningkatan kes pembuangan bayi hasil hubungan luar nikah.

“Jika murid sekolah rendah sudah pandai beraksi lucah dan dirakam pihak lain, bagaimana orang dewasa.

“Apa akan jadi kepada moral masyarakat beberapa tahun akan datang jika gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit semakin berleluasa,” katanya.

Justeru, dia berharap pihak berkuasa segera melakukan sesuatu sebelum gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit menjadi ‘wabak’ yang sukar dikawal.


[SALAH KENYATAAN TU.. Yang sepatutnya, bukan PENYEBARAN MELALUI TELEFON BIMBIT yang kita patut risau, tetapi yang sebenarnya AKSI SEKS itu sendiri yang kita takut menjadi wabak.. Apa lah.. Jadi kalau macam tu, buat aksi seks takpe, asalkan tak di rakam dan disebarkan? Gila!! ]


myMetro | Gempar aksi panas 2 beradik

myMetro | Cari kerbau jumpa mayat





JITRA: Seorang pemuda yang mencari kerbau milik bapanya di ladang getah berhampiran Kampung Nyior Kelubi, di sini, kelmarin terkejut apabila mendapati objek yang disangkanya bangkai kerbau sebenarnya mayat manusia.

Mayat yang masih berpakaian lengkap berusia lingkungan 30-an hingga 40-an itu ditemui tertiarap di atas pelapik plastik hitam oleh lelaki terbabit kira-kira jam 3.30 petang.


Izham Daud, 21, berkata pada mulanya dia terhidu bau busuk seperti bangkai dan cuba menjejaki bau berkenaan di ladang getah itu sebelum menemui mayat lelaki yang sudah berulat dan dihurung lalat.

Katanya, dia kemudian menghubungi bapanya dan polis untuk memaklumkan penemuan itu.


“Mulanya saya ingat bangkai kerbau sebab saiznya yang besar, tetapi apabila menghampiri pada jarak kira-kira 20 meter saya dapati objek itu sebenarnya mayat manusia.


“Saya nampak ada kesan cedera di belakang leher mangsa, tetapi tak berani mendekati kerana terlalu takut.

“Saya rasa mangsa sudah meninggal dunia beberapa hari lalu disebabkan baunya yang begitu meloyakan selain ulat yang banyak,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, kelmarin.


Anggota polis yang tiba tidak lama kemudian memeriksa kawasan itu dan menemui beberapa dokumen serta beberapa peket dipercayai dadah berhampiran mayat terbabit.

Izham berkata, dia jarang ke ladang getah itu dan hanya ke situ untuk mencari lebih 100 kerbau milik bapanya yang dilepaskan.


“Kawasan ini jarang dilalui orang jika ada pun hanya penoreh, tetapi tak sangka saya pula menemui mayat di sini,” katanya.


Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan mayat itu.


Katanya, polis juga masih menyiasat mengenai penemuan beberapa paket dadah dan kaitannya dengan
myMetro | Cari kerbau jumpa mayat

Wednesday, December 1, 2010

myMetro | Ubah pelan buang bayi

myMetro | Ubah pelan buang bayi

KANGAR: Cubaan sepasang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri ini untuk membuang bayi hasil hubungan sulit mereka di sebuah masjid di sini, gagal apabila rakan mereka yang diminta membantu rancangan itu enggan berbuat demikian, semalam.

Dalam kejadian awal pagi itu, pasangan berusia 22 tahun yang bersekedudukan dengan menyewa sebuah rumah kedai di bandar ini, mulanya dikatakan terkejut dengan kelahiran bayi lelaki berkenaan pada usia tujuh bulan kandungan sebelum meminta seorang rakan membuang bayi berkenaan di sebuah masjid.


Bagaimanapun, rakan pasangan pelajar terbabit dikatakan tidak tergamak berbuat seperti diarahkan, sebaliknya membawa bayi yang masih bertali pusat itu ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis.

Difahamkan, pasangan pelajar terbabit menyewa sebuah rumah kedai di Jalan Jublee Emas di sini, dan sering berulang-alik bersama mengikuti pengajian di IPTA berkenaan di Arau.


Ibu bayi malang yang masih belajar itu dikatakan cuba menyembunyikan kehamilannya daripada pengetahuan keluarga yang menetap di sekitar Kangar.


Sumber polis berkata, bayi itu dilahirkan cukup sifat ketika usia kandungan tujuh bulan itu berjaya diselamatkan daripada risiko maut berikutan tindakan bijak rakan kepada bapa bayi berkenaan apabila membawanya ke HTF, bukan dibuang di masjid seperti diarahkan.

Katanya, bayi lelaki itu kini ditempatkan di wad kanak-kanak HTF dan dilaporkan sihat selepas dilahirkan kira-kira jam 1.30 pagi semalam.


“Pasangan pelajar lelaki dan perempuan itu dikatakan panik apabila mendapati bayi mereka dilahirkan awal daripada dijangkakan. “Mereka berdua dikatakan menguruskan sendiri proses kelahiran bayi itu di rumah kedai yang disewa dan sejurus dilahirkan, bapa bayi berkenaan menghubungi rakannya untuk membantu membuang bayi berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini.

Katanya, berikutan aduan diterima daripada rakan pasangan terbabit, polis menahan pasangan itu untuk siasatan lanjut sebelum merujuk kes itu kepada Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips).


“Ibu bayi malang itu turut menerima rawatan di HTF dan keadaannya dilaporkan masih lemah,” katanya.


Sementara itu, Pengarah Jaips, Abdul Malik Hussin, ketika ditemui di pejabatnya mengesahkan menerima laporan berhubung kelahiran bayi luar nikah membabitkan pasangan pelajar berkenaan.


Pihaknya memandang serius kes itu dan sudah mengambil keterangan pelajar lelaki dipercayai bapa kepada bayi berkenaan tengah hari semalam manakala ibu bayi itu masih dirawat di HTF.


“Pelajar perempuan yang melahirkan bayi luar nikah dan pasangannya yang bersubahat melakukan perbuatan terkutuk itu akan diambil tindakan mahkamah mengikut Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis 1991,” katanya.


Menurutnya, ibu bayi berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 15 (1) manakala teman lelakinya pula didakwa mengikut Seksyen 46 enakmen sama yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-dua sekali.

myMetro | Isteri mula lembut hati



myMetro | Isteri mula lembut hati

KUALA TERENGGANU: Isteri tertuduh kes simbah asid yang mengakibatkan kecederaan kekal ke atas dirinya dan dua anak mengaku sudah berlembut hati terhadap suaminya selain mengaku membuat kunjungan terhadap tertuduh yang kini ditahan di Penjara Marang.

Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, mengaku perasaan marah terhadap suaminya itu tidak ada lagi seperti ketika kejadian pada 15 Ogos lalu, malah di hadapan Hakim M Bakri Abd Majid yang menyoalnya di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, sebelum menjatuhkan hukuman terhadap suaminya yang menghadapi dua lagi pertuduhan menyimbah asid terhadap dua anaknya pada kejadian sama, mengaku ada melawat tertuduh bersama anak-anaknya.


Bagaimanapun, ketika ditanya wartawan, dia memberitahu akan meneruskan tuntutan fasakh terhadap lelaki berkenaan, malah ketika diberi peluang bertemu tertuduh di mahkamah semalam, dia yang ditemani ibu dan dua anaknya menolak pelawaan untuk bersemuka dengan tertuduh.

Terdahulu, di Mahkamah Sesyen di sini, suaminya Mat Haizan Mat Yasin, 32, yang dibawa dari Penjara Marang mengaku salah terhadap dua pertuduhan menyimbah asid ke atas dua anaknya itu.


Mengikut pertuduhan pertama, Mat Haizan pada jam 1.45 pagi, 15 Ogos lalu, di sebuah rumah di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu, didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera parah ke atas Nurul Dahyatul Fazlinda, 9, dengan menggunakan benda melecur iaitu asid.


Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan pada Muhammad Irfan Firdaus, 2, pada tarikh, masa dan tempat sama dengan pertuduhan pertama.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan yang dijatuhkan mahkamah sama, 25 Ogos lalu, selepas mengaku menyimbah asid ke atas Che Ku Zaimah .


Semalam, dia dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan kerana mendatangkan parah pada anaknya, Nurul Dahyatul Fazlinda manakala bagi pertuduhan mendatangkan cedera pada anak bongsunya, Muhammad Irfan Firdaus, dia dihukum penjara dua tahun dan kedua-dua hukuman berjalan serentak dari tarikh dia ditangkap 16 Ogos lalu.

Hukuman itu diarahkan berjalan serentak selepas M Bakri mendengar pengakuan bersalah tertuduh, hujahan peguam bela serta melihat sokongan keluarga yang masih sanggup melawat mangsa di penjara walaupun menjadi mangsa perbuatan kejam tertuduh.


“Penjara dalam tempoh yang panjang tidak boleh memberi jaminan seseorang itu akan berubah, tapi kasih sayang keluarga akan memberikan peluang kepada pesalah memulakan hidup baru.


“Dalam kes ini, tertuduh bernasib baik kerana keluarga masih sudi melawatnya di penjara, tetapi soal isterinya mahu menerimanya semula atau tidak terpulang kepada beliau.


“Saya juga ingin mengingatkan di sini, orang yang kuat bukan orang yang mengalahkan puluhan musuh, tetapi orang yang kuat ialah orang yang boleh mengawal nafsu marahnya,” katanya dalam penghakimannya semalam.


Dalam prosiding semalam, peguam tertuduh, Faezahnoor Hassan turut mengejutkan mahkamah apabila memaklumkan keluarga tertuduh ada melawat mangsa di penjara.


Harian Metro pada 16 Ogos lalu melaporkan empat beranak iaitu isteri, dua anak dan ibu mentua Mat Haizan cedera akibat terkena asid dilempar tertuduh yang berang dengan keputusan isterinya berpindah ke rumah ibunya dan dalam proses memohon perceraian dengan tertuduh.


Dia memecah masuk rumah ibu mentuanya, Minah Omar, 56, dengan membawa bersama sebungkus plastik mengandungi asid.

Tuesday, November 30, 2010

myMetro | Ustaz’ tarik duit


myMetro | Ustaz’ tarik duit

MANGSA...Amy ketika ditemubual wartawan Harian Metro.
MANGSA...Amy ketika ditemubual wartawan Harian Metro.

JOHOR BAHRU: Hanya kerana ingin hidup mewah, tiga lelaki di Kulaijaya di sini, kerugian RM18,000 selepas terpedaya dengan kelicikan seorang lelaki bergelar ‘ustaz’ yang kononnya mampu menjalankan proses tarik duit dalam satu kejadian, 15 November lalu.

Ustaz berusia 70-an berasal dari Indonesia itu pula ghaib selepas meminta dihantar ke pantai berhampiran dan beberapa hari kemudian sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mangsa memaklumkan dia sudah berada di negara berkenaan.


Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Amy, 31, berkata, dia terpedaya selepas kagum dengan perwatakan ustaz itu yang sering menggunakan ayat suci al-Quran sebagai dalil ketika menceritakan kisah keupayaannya menarik duit.

“Ustaz terbabit turut memaklumkan dia mahu kami menggunakan wang itu ke jalan kebaikan dan sesen pun tidak boleh digunakan untuk perkara mungkar.


“Ia menguatkan keyakinan kami bahawa ustaz terbabit memang ikhlas membantu dan kerana itu kami sanggup mengeluarkan RM6,000 setiap seorang sebagai modal,” katanya semalam.


Menurut Amy, pada hari pertama upacara yang diadakan di rumah seorang daripada mereka, ustaz terbabit memanggil seorang demi seorang ke dalam bilik gelap dan dikehendaki bersumpah untuk tidak mempersiakan wang diperoleh kelak bagi mengelak ditimpa musibah.

Ustaz terbabit meminta mereka supaya banyak berzikir bagi memudahkan usaha mendapatkan wang terbabit.


“Pada hari ketiga, kami dipanggil sekali lagi oleh ustaz dan terpegun kerana terdapat sejumlah besar wang di dalam balutan kain. Bagaimanapun, kami tidak dibenarkan menyentuh atau mengambilnya.

“Keesokan harinya, dia meminta kami menghantarnya ke pantai berhampiran dengan memberi alasan mahu melakukan sedikit upacara sampingan dan meminta kami menjemputnya pada jam 5.30 petang, hari sama,” katanya.


Mangsa datang semula ke pantai itu pada masa dijanjikan, tetapi lelaki terbabit tiada dan mereka menghubunginya berkali-kali, tetapi telefon bimbitnya dimatikan.


Ketiga-tiga lelaki berkenaan pulang dan menunggu hingga hari ke-10 sebelum memecah masuk bilik dijadikan pusat operasi tarik duit.


“Kami terkejut selepas mendapati barangan digunakan dalam upacara tarik duit itu hangus dan mengeluarkan bau sangat busuk.


“Wang yang kami pegang dalam balutan kain itu juga sudah tiada, sebaliknya yang tinggal hanya lembaran surat khabar,” katanya.

Ntah hapa-hapa je.. Nak duit kerja lah.. Buat MLM ke.. :-)

myMetro | 'Iza harus pergi'

myMetro | 'Iza harus pergi'

KUALA LUMPUR: “Ia mungkin perkara paling bodoh dalam hidup saya, tapi percayalah, saya berjuang untuk mendapat yang terbaik. Saya sayangkan kamu semua, tetapi saya harus pergi.

“Ini mungkin hari paling sukar dalam hidup saya, tetapi saya tidak akan menoleh ke belakang,” luah seorang gadis dalam blognya sebelum menghilangkan diri dipercayai mengikut seorang pensyarah lelaki berusia lewat 50-an ke Kochi di negeri Kerala, selatan India.


Nur Afiza Mohd Mantali, 21, anak keempat daripada lima beradik menulis pesanan berkenaan di dalam blognya sehari sebelum dikesan meninggalkan negara ini dipercayai untuk bersama lelaki terbabit yang juga seorang bekas pensyarah perubatan warga India di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Sarawak.

Menurut abangnya, Zuhaili, 29, mereka sekeluarga kini kebimbangan berikutan adiknya yang mesra dipanggil Iza tidak dapat dihubungi sejak kehilangannya pada 1 November lalu.


Katanya, kegagalan untuk menelefon Iza juga menyebabkan mereka sekeluarga terfikir pelbagai kemungkinan buruk termasuk Iza dijadikan keldai dadah dan lebih teruk akidah gadis itu akan terpesong.


“Saya tak mengenali lelaki itu, tapi ibu (Hasimah Brahim, 48,) memberitahu Iza pernah membawa lelaki terbabit ke rumah di Kuching, Sarawak, pada bulan puasa lalu dengan memperkenalkannya sebagai kawan.

“Iza juga pernah memberitahu adik bongsu mengenai lelaki itu yang didakwanya seorang pensyarah kontrak di sebuah IPT di Sarawak dari tahun 2007 hingga 2009,” katanya yang ditemui di sini, semalam.


Menceritakan kejadian pada 1 November itu, Zuhaili berkata adiknya memberitahu mahu ke rumah kakaknya di Batu 7, Lundu, Sarawak.

“Ibu langsung tidak curiga kerana setiap bulan Iza akan menziarahi rumah kakak. Bagaimanapun, tiga hari kemudian, ibu bimbang Iza langsung tidak menelefon.


“Ibu menghubungi kakak Iza dan terkejut apabila mendapat tahu dia tidak ke rumah berkenaan,” katanya.


Menurutnya, bimbang keselamatan Iza yang ketika itu sudah lima hari tanpa khabar berita, ibunya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching pada 5 November lalu.


Zuhaili berkata, dia melakukan pemeriksaan di terminal lapangan terbang dan Jabatan Imigresen sebelum pihak terbabit mengesahkan nama Iza ada dalam rekod senarai penerbangan keluar ke Kochi, India, sehari selepas meninggalkan rumah.


Pemeriksaan lanjut di blog Iza juga, katanya, mendapati gadis berkenaan ada meninggalkan pesanan seolah-olah akan pergi jauh.


Zuhaili berkata, dia juga cuba bertanya mengenai adiknya kepada lelaki itu di laman Facebooknya, tetapi tiada jawapan, malah akaun itu didapati sudah ditutup.


Katanya, bimbang keselamatan adiknya itu, dia merujuk perkara berkenaan ke Wisma Putra dan Kedutaan India di Malaysia, namun masih tiada perkembangan sehingga kini.


“Kami khuatir kesihatan Iza yang menghidap asma akan terjejas. Selama ini, tiada siapa yang tahu dia mempunyai masalah itu kerana Iza hanya rapat dengan ibu, malah masih tidur bersama ibu sehingga sebelum kehilangannya.


“Harapan kami semoga Iza kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat. Itu saja. Kami difahamkan ada satu tempahan tiket yang dibuat atas nama Iza dari Kochi ke Kuching pada 8 April 2011, tapi tak tahu sejauh mana kebenarannya kerana setakat ini belum dapat berhubung dengannya secara langsung,” katanya.


Sehubungan itu, Zuhaili berharap pihak berkuasa membantu dia dan keluarganya membawa pulang adiknya ke negara ini dengan selamat. Sebarang maklumat boleh hubungi beliau di talian 012-8892184.

myMetro | Penarik kereta jerat diri sendiri

myMetro | Penarik kereta jerat diri sendiri

SERDANG: Tindakan seorang penarik kereta memandu kereta mewah Mitsubishi Lancer Evolution 7 yang dicurinya dengan mengekalkan nombor pendaftaran asal kenderaan berkenaan menjerat diri apabila dia dicekup polis.

Suspek seorang lelaki warga tempatan berusia 30-an terbabit ditahan sebaik memasuki kereta itu selepas mengunjungi sebuah spa di Dang Wangi, di sini, awal pagi Ahad lalu.


Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias, berkata kereta berkenaan dilaporkan hilang pada 25 November lalu di sebuah rumah di Sri Kembangan.

Katanya, polis menemui kereta itu di tempat letak kereta spa berkenaan.


“Polis menahan suspek ketika dia berada di dalam kereta berkenaan dan pemeriksaan pada tubuh suspek polis menemui beberapa kunci kereta lain dipercayai dicuri suspek.


“Suspek juga dipercayai melakukan jenayah pecah rumah di kawasan berkenaan ekoran penemuan kunci itu,” katanya ketika ditemui.

Menurut Abd Razak, suspek menunjukkan polis lokasi kereta curi lain disembunyikan, namun hanya menemui sebuah Toyota Alphard yang dilaporkan dicuri di Kawasan Perindustrian Kuchai Lama, dekat sini.


Beliau berkata, kenderaan lain dipercayai sudah dialihkan rakan suspek yang mengetahui lelaki terbabit dicekup.

Katanya, hasil soal siasat polis kemudian menahan dua lelaki berusia 30 dan 40 tahun dipercayai rakan jenayahnya di sebuah rumah di Kuchai Lama pada malam suspek ditahan.


Menurutnya, melalui pengakuan suspek, mereka mencuri kenderaan berkenaan selepas mendapat permintaan pembeli sebelum mencuri kenderaan itu di kawasan letak kereta serta rumah yang dipecah masuk.


Razak berkata, suspek juga memiliki rekod jenayah dadah, pecah rumah dan curi kenderaan.


Katanya, semua suspek kini direman sehingga 5 Disember ini dan disiasat mengikut Seksyen 379 (a) dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan

Nak merasa juga bawa evo..

Monday, November 29, 2010

myMetro | Sujud dakap jenazah suami

myMetro | Sujud dakap jenazah suami
KUALA LUMPUR: Hanya deraian air mata pilu dapat menggambarkan kesedihan seorang isteri ketika mencium mayat suaminya yang berlumuran darah akibat dihempap tunggul pokok tumbang secara tiba-tiba berhampiran Hutan Simpan Bukit Nanas, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Hayati Husin, 30-an hanya mampu bersujud sambil mendakap kepala suaminya yang ditimpa batang pokok sebesar dua pemeluk.


Sumber polis trafik berkata, kemalangan ngeri itu berlaku apabila Mohd Helmi Hussin, 37, sedang menunggang motosikal bersendirian arah Jalan Raja Chulan, di sini.

Menurutnya, sebatang tunggul pokok setinggi kira-kira 10 meter tiba-tiba tumbang lalu menimpa mangsa yang dipercayai tidak sempat mengelak.


“Difahamkan, mangsa baru saja menghantar isterinya Hayati yang bekerja di sebuah bank tidak jauh dari lokasi kejadian sebelum menaiki motosikal untuk ke tempat kerjanya di sebuah bank berhampiran Jalan Raja Chulan, di sini.


“Namun, selepas beberapa minit menghantar isterinya, mangsa dihempap tunggul pokok yang rebah menyilang di jalan berkenaan. Kejadian itu menyebabkan kepala dan tubuh mangsa cedera parah dan dia mati di lokasi kejadian,” katanya.

Isteri mangsa yang dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh rakan sekerja bergegas ke lokasi kejadian.


Suasana di tempat kejadian menjadi pilu apabila Hayati dipapah rakan tidak dapat menahan sebak dan kemudian bersujud sambil mencium kepala suaminya sebagai tanda kasih.

Episod sedih itu turut meruntun hati beberapa anggota polis trafik dan orang ramai yang mengerumuni lokasi kejadian.


Anggota polis trafik bersama anggota bomba dan penyelamat serta kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berusaha memindahkan mayat mangsa selain mengalihkan batang pokok terbabit yang menghalang laluan.


Hayati kemudian turut menaiki kenderaan polis menghantar jenazah suaminya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.


Bapa saudara Hayati yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Ngah berkata, dia menerima panggilan telefon daripada anak buahnya memberitahu mengenai kemalangan kira-kira jam 9 pagi.


Dia yang dalam perjalanan ke Port Dickson, Negeri Sembilan, bergegas pulang ke ibu kota dan terus ke HKL.


Menurutnya, melalui gambar dirakam kawan arwah di tempat kejadian, dia mendapati pokok itu sudah reput. Katanya, kejadian malang itu mungkin dapat dielak jika pihak bertanggungjawab melakukan pemantauan dan menebang pokok yang boleh membahayakan nyawa.


“Namun, kami reda dengan apa yang berlaku dan berharap perkara seumpama itu tidak berulang,” katanya.


Jenazah mangsa disembahyangkan di Masjid HKL sebelum dibawa ke kampung halaman mangsa di Ipoh, Perak untuk dikebumikan.

MALANG ITU TAK BERBAU, MATI ITU BILA-BILA MASA SAJA.. SUDAHKAH ANDA BERSEDIA...??

myMetro | Ditinju sebelum bersalin

myMetro | Ditinju sebelum bersalin

MUAR: Penderitaan seorang wanita yang hampir melahirkan anak bertambah parah apabila perutnya ditumbuk berkali-kali oleh seorang pengawal keselamatan yang bertugas di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian 7.30 pagi itu, mangsa yang berumur 26 tahun dihantar suaminya ke hospital itu selepas mengadu sakit perut mahu melahirkan anak.


Pemangku Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Lee Choon Guan yang mengesahkan kejadian berkata, mangsa dipercayai ditumbuk suspek di dalam lif pusat perubatan berkenaan.

“Ketika kejadian, suami mangsa meletakkan kenderaan di petak parkir, manakala suspek membantu menolak mangsa menggunakan kerusi roda ke wad bersalin.


“Ketika berada di dalam lif, mangsa ditumbuk di perut beberapa kali, sebelum dia dihantar ke wad bersalin,” katanya.


Mangsa yang terkejut dan berada dalam kesakitan akibat tindakan tidak berperikemanusiaan pengawal keselamatan itu kemudiannya memaklumkan kejadian kepada suaminya yang berumur 33 tahun, sebelum suami mangsa membuat laporan polis berkaitan insiden terbabit.

Menurut beliau, polis kemudiannya menahan pengawal keselamatan terbabit untuk membantu siasatan.


“Kami merujuk suspek ke Wad Psikiatri HPSF dan dia dipercayai mempunyai masalah mental.

“Siasatan awal mendapati suspek baru dua bulan bekerja di syarikat kawalan keselamatan di HPSF,” katanya.


Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja dan sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.


Jurucakap HPSF pula memaklumkan bahawa mangsa selamat melahirkan bayinya tidak lama selepas kejadian dan kedua-duanya kini berada dalam keadaan sihat.

Thursday, October 21, 2010

myMetro | Lembaga rambut panjang

myMetro | Lembaga rambut panjang

[HASTERIA? Heh.. ntah hapa-hapa ntah.. Orang tak sembayang, memanglah kena hasteria..]

Monday, August 23, 2010

Gadis sunti bermukah

KULIM: Usianya baru menjengah 12 tahun, namun gelora nafsu seorang gadis sunti yang juga murid tahun enam, tidak dapat membendungnya daripada melakukan maksiat.
Lebih mengejutkan, ketika umat Islam menahan lapar dan dahaga kerana menunaikan ibadah puasa, murid sebuah sekolah rendah di Kuala Ketil, dekat sini, bertindak di luar dugaan apabila berkhalwat bersama dua lelaki sekali gus pada siang hari.

Malah, ketika operasi mencegah maksiat dilakukan, remaja terbabit didapati sedang melakukan hubungan seks dengan seorang daripada lelaki berkenaan dalam sebuah rumah di Taman Desa Aman, Karangan, dekat sini.

Dalam operasi dijalankan Penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) kira-kira jam 11 pagi Khamis lalu, murid perempuan berkenaan didapati sedang bersetubuh dengan lelaki terbabit, manakala seorang lelaki lagi turut berada dalam rumah itu.

Ketua Unit Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, pihaknya menerima aduan orang awam mengenai perbuatan terkutuk remaja terbabit pada jam 10.35 pagi sebelum pegawai PADK, diketuai Sheikh Radzi Abdul Mutalib bersama tujuh anggota, membuat pemeriksaan di rumah berkenaan kira-kira jam 11 pagi.

Katanya, melalui intipan sebelum melakukan serbuan, pihaknya mendapati remaja perempuan itu bersama seorang lelaki berusia 23 tahun dalam sebuah bilik, manakala seorang lagi lelaki turut berada dalam rumah sama.

“Gadis sunti itu baru mengenali lelaki berusia 23 tahun terbabit sebelum mereka melakukan hubungan seks,” katanya.

Azmi berkata, seorang lagi lelaki berusia 20 tahun menjemput remaja berkenaan di Kuala Ketil sebelum membawanya ke rumah sewa lelaki itu di sini.

“Berdasarkan siasatan, lelaki berusia 20 tahun itu turut mengaku tidur bersama remaja perempuan terbabit pada malam sebelum itu.

“Mereka mengakui tidak mempunyai hubungan mahram dan ketiga-tiganya ditahan sebelum dibawa ke Balai Polis Kulim untuk diambil keterangan,” katanya.

Menurutnya, gadis berkenaan dihantar ke Hospital Kulim untuk pemeriksaan lanjut manakala kedua-dua lelaki terbabit ditahan di lokap Balai Polis Kulim.

Difahamkan, polis mengklasifikasikan kes sebagai rogol kerana membabitkan remaja perempuan bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Dalam perkembangan sama, Azmi berkata sedikit kekecohan berlaku apabila ibu gadis terbabit dipanggil ke pejabat PADK berikutan ketidakpuasan hati wanita berkenaan terhadap tindakan anaknya dan pasangan.

“Ibu remaja itu memukul kepala, muka serta badan lelaki yang ditahan menggunakan kasut kerana tidak puas hati selepas anaknya didapati bersekedudukan, namun kekecohan berjaya dileraikan pegawai bertugas,” katanya.


[ Baru 12 tahun dah pandai berzina.. Kalau mengandung? buang anak.. Nafsu tak kira usia. Asalkan seseorang tu dah akil baligh, dia dah ada nafsu.. Apapun, sebenarnya kalau didikan mak bapak tu betul, gejala ini tak akan berlaku.. Banyak faktor yang mempengaruhi gejala ini.. Renung-renungkan lah..]



Thursday, August 19, 2010

Tapis pornografi di internet bendung zina



MASALAH sosial berkaitan pornografi semakin membimbangkan masyarakat negara kita. Berkhalwat, berzina dan membuang anak semakin menjadi perkara biasa.

Tong sampah dan semak menjadi destinasi kepada segelintir anak luar nikah yang baru dilahirkan dan saya rasa tindakan ini lebih jahat daripada binatang.
Sayu rasanya melihat anak kecil ini ada yang dimakan anjing. Mengapa gejala seperti ini semakin sukar dibendung? Apakah silap kita sebenarnya?
Bagi saya, punca paling besar ialah mudahnya rakyat mendapat akses kepada bahan lucah seperti gambar dan video. Semua bahan lucah sama ada dalam komputer atau telefon bimbit anak kita bersumberkan internet.

Internet di negara ini yang tidak ditapis membolehkan sesiapa saja mengakses apa saja laman web lucah yang mereka mahukan.
Ibu bapa mungkin tidak sedar anak yang berada dalam bilik berseorangan sedang melayari laman web lucah kerana kita tidak dapat memantau mereka 24 jam.

Dengan teknologi telefon yang semakin canggih, bahan lucah ini bertukar tangan begitu pantas. Di sekolah, pelajar yang mempunyai telefon bimbit boleh bertukar bahan lucah dengan begitu menggunakan teknologi bluetooth.
Malahan ada yang lebih berani dengan merakam adegan lucah mereka dan menghantarnya ke internet.

Saya menyarankan kepada setiap ibu bapa supaya sentiasa memantau telefon bimbit anak kerana bimbang ia mengandungi bahan lucah.

Kita tidak boleh mempercayai anak sepenuhnya jika kita menyayangi mereka.

Bahan lucah ini merosakkan pemikiran remaja kita dengan begitu teruk. Sikap anak muda semakin sukar dikawal oleh ibu bapa.
Sikap suka keluar malam dan berpeleseran dengan bukan muhrim memburukkan lagi masalah ini.

Saya pernah terbaca satu kajian bahawa umur baligh remaja kita semakin cepat disebabkan mereka sudah terdedah kepada bahan lucah sejak usia muda.

Tidak menghairankan jika ada kes seks bebas di kalangan murid sekolah rendah.
Saya bimbang kemajuan yang cuba kita bina bakal runtuh dalam sekelip mata akibat gejala sosial ini.

Saya menggesa kerajaan membuat tapisan terhadap semua laman web lucah seperti dilakukan kerajaan Indonesia.

Saya tidak berasakan pelabur takut melabur di Malaysia jika kita menapis bahan lucah.

Memang benar ada lagi punca lain kepada permasalahan ini, namun saya merasakan tapisan internet adalah langkah besar dalam mengatasi masalah ini.
Suara hati saya ini saya rasakan turut dikongsi oleh semua rakyat Malaysia.

Kami semua akan menyokong penuh jika kerajaan membuat sekatan terhadap laman lucah ini. Dengarlah rintihan hati kami.

ROSLAN ISMAIL,
Bukit Payong, Marang,


[Saya sangat bersetuju dengan EN ROSLAN ISMAIL. Seperti kata En Roslan juga, memang benar, sebenarnya banyak lagi punca gejala ini berlaku. Pada pendapat saya, punca yang paling utama ialah KURANGNYA DIDIKAN AGAMA. Sekiranya anak-anak muda kita diberikan didikan agama secukupnya, gejala pembuangan bayi boleh dielakkan. senang cakap, kalau orang tu tak tinggal sembahyang, confirm perkara ini tak akan berlaku. Betul tak? Sebenarnya semua pihak perlu ambil peranan untuk menangani kes ini. Daripada IbuBapa, guru, ustaz, pak imam, wakil rakyat, menteri, sehinggalah kerajaan. Semuanya memainkan peranan.

Sebenarnya hati saya terdetik sesuatu..

"Kalaulah HUKUM HUDUD dilaksanakan, gejala-gejala sosial ni pasti tak akan berlaku....." BETUL TAK? ]



Bayi Sampah






MELAKA: Polis menahan reman seorang pesakit wanita dan pasangannya bagi membantu siasatan berhubung kes pembuangan mayat seorang bayi lelaki berusia kira-kira lima bulan di kawasan Hospital Melaka (HM), awal pagi kelmarin.
KEJAM...mayat bayi ditemui dalam longgokan sampah di kawasan hospital.
KEJAM...mayat bayi ditemui dalam longgokan sampah di kawasan hospital.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata gadis berusia 20-an ditahan di wad hospital, manakala teman lelakinya juga berusia 20-an ditangkap di Batu Berendam, di sini.

Menurutnya, sebelum itu, seorang Pegawai Perubatan hospital berkenaan membuat laporan berhubung seorang pesakitnya yang juga pelajar institut pengajian tinggi (IPT) sedang dirawat di wad kecemasan didapati mempunyai tanda-tanda baru melahirkan anak.

Katanya, susulan laporan itu, pihaknya melakukan siasatan dari segenap aspek ke atas pesakit itu dan dia mengakui melahirkan bayi di dalam tandas di HM dan kemudian membuangnya di dalam tong sampah di wad kecemasan hospital itu.

“Siasatan juga menunjukkan bayi yang dipercayai dibuang itu sudah diambil tanpa disedari pihak bertanggungjawab menguruskan sampah. Kami percaya sampah itu kemudiannya dibuang ke dalam tong sampah besar juga di kawasan hospital.

“Berikutan itu, kami melakukan pemeriksaan rapi dengan bantuan anggota forensik beberapa jam di sebuah tong sampah besar berkenaan, namun sehingga petang semalam (kelmarin) belum menjumpai mayat bayi itu,” katanya.
Click Here

Difahamkan, anggota forensik sekali lagi melakukan pemeriksaan menyeluruh di sebuah lagi tong sampah di situ sebelum berjaya menemui mayat bayi kira-kira jam 1.50 tengah hari dalam keadaan amat menyayatkan hati di celah puluhan plastik sampah.

Mayat bayi terbabit kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik dan Bilik Mayat HM untuk bedah siasat.

Sementara itu, Mohd Adnan berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat sebelum memberikan ulasan lanjut berhubung identiti mayat bayi terbabit termasuk sama ada meninggal dunia ketika dilahirkan atau sebaliknya.

Katanya, kedua-dua pasangan berkenaan kini direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat secara sulit.


[Masya Allah... ]



Wednesday, August 18, 2010

Pijak Isteri Hamil

AMPANG: Puncanya hanya kerana menguatkan bunyi televisyen, namun habuan diterima begitu azab apabila seorang wanita yang sedang mengandung enam bulan dipijak suami sendiri dalam kejadian di sebuah pangsapuri di sini, Ahad lalu.
Berikutan itu, bayi dalam kandungan wanita terbabit masih belum diketahui tahap kesihatannya dan polis menunggu laporan perubatan akan dikeluarkan hospital dalam tempoh terdekat.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam ketika pasangan berkenaan baru setahun mendirikan rumah tangga berada di rumah sebelum berlaku pertengkaran.

“Ketika kejadian, suami mangsa memintanya memperlahankan suara televisyen dipasang dan mangsa mengikut arahan lelaki terbabit dengan memperlahankannya.

“Bagaimanapun, suaminya memberitahu dia mahu keluar bermain snuker bersama rakannya,” katanya.

Menurutnya, baru saja beberapa langkah suaminya mahu keluar, mangsa kembali meninggikan suara televisyen membuatkan lelaki berkenaan naik angin dan berpatah balik.

“Suami mangsa menghampiri dan dengan nada marah mendakwa mangsa cuba bersikap kurang ajar dan sengaja mencabarnya.

“Bagaimanapun, mangsa memberitahu tidak berniat mahu menyakitkan hati suaminya dan meninggikan suara televisyen kerana menyangkakan suaminya keluar,” katanya.

Sumber terbabit berkata, suaminya yang tidak puas hati jawapan diberikan terus meluru sebelum memukul tangan mangsa dengan kuat sehingga menyebabkan kecederaan.

“Tidak cukup dengan itu, suami mangsa yang panas baran naik angin dan memijak perut mangsa yang mengandung enam bulan.

“Mangsa hanya mampu meraung dan menjerit meminta suaminya berhenti dari memijak perutnya sebelum lelaki berkenaan menghentikan tindakan itu dan meninggalkan mangsa menahan kesakitan,” katanya.

Menurutnya, isteri malang terbabit yang tidak puas hati dengan tindakan suaminya itu membuat laporan kepada pihak berkuasa dan susulan itu, polis menahan suami mangsa yang berusia 20-an untuk membantu siasatan.

“Lelaki berkenaan ditahan di rumahnya kelmarin bagi membantu siasatan kes terbabit dan setakat ini polis menunggu laporan pemeriksaan hospital untuk menentukan keadaan bayi dalam kandungan wanita itu.

“Bagaimanapun, pemeriksaan awal mendapati wanita berkenaan bernasib baik kerana tidak keguguran dan mangsa mendakwa kandungannya sudah ada pergerakan dan mungkin dalam keadaan stabil,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan penahanan lelaki terbabit.

Thursday, August 12, 2010

Hukuman MATI kes BUANG BAYI

Tindakan dianggap cubaan bunuh boleh dipenjara 20 tahun; Polis guna ujian DNA kenal pasti ibu bapa bayi

KUALA LUMPUR: Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat.

Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.
Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Bagi tempoh 2008 hingga 2009, sebanyak 181 kes pembuangan bayi dilaporkan manakala 60 kes direkodkan sejak awal tahun ini hingga semalam.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata bukan saja wanita terbabit dengan kes pembuangan bayi akan dikenakan siasatan tetapi juga lelaki yang menyebabkan wanita itu mengandung.

Katanya, polis juga diminta menggunakan kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengenal pasti ibu bapa bayi berkenaan.

Keputusan itu dicapai selepas kementerian sekali lagi membawa isu pembuangan bayi ke mesyuarat Jemaah Menteri kelmarin kerana perbuatan itu berleluasa walaupun kerajaan mengambil pelbagai inisiatif menangani masalah berkenaan.
Saya tidak mahu ada pihak mengambil ringan kes pembuangan bayi sehingga membiarkan menjadi budaya yang menular dalam masyarakat seolah-olah kita
berada pada zaman jahiliah.

Sekian lama kerajaan menangani masalah kes pembuangan bayi menerusi pendekatan kebajikan termasuk kempen dan pelbagai program, malangnya masih ada manusia sanggup membunuh bayi, katanya selepas majlis penyerahan bantuan khas perbendaharaan kira-kira RM2.7 juta kepada 59 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kementeriannya, semalam.

Shahrizat berkata, langkah itu wajar untuk membawa pihak bertanggungjawab membunuh bayi dihadapkan ke mahkamah, sekali gus diberikan hukuman setimpal dengan tindakan tidak berperikemanusiaan.

Jika ada pasangan yang terlanjur dan terdesak mendapatkan bantuan, mereka boleh datang ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hospital, polis, NGO dan pemimpin politik terutama Barisan Nasional (BN) supaya mereka boleh dibantu.

Oleh itu, tiada alasan dan maaf bagi mereka yang masih sanggup melakukan kesalahan membuang bayi kerana pelbagai program dan bantuan disediakan untuk golongan berkenaan. Saya juga mahu memberi amaran kepada lelaki yang bertanggungjawab menyebabkan wanita hamil luar nikah bahawa mereka tidak terlepas daripada tindakan undang-undang, katanya.



[Ini adalah salah satu cara kerajaan mencegah kes pembuangan bayi. Tahniah kepda kerajaan. Semoga dengan adanya hukuman seperti ini, sesiapa yang merancang hendak MEMBUANG BAYI atau yang hendak melakukan PERZINAAN, akan berfikir 100 kali sebelum melakukan kerja terkutuk.. Kecuali lah kalau memang dia dah bersedia untuk mati. Walaubagaimanapun, setiap masalah wajiblah kita mencegah dari awal. Umpama demam denggi, tak guna kita fogging setiap hari, jika kawasan pembiakan nyamuk edis masih berleluasa. Jatuhkanlah hukuman mati sekali pun, tapi jika aktiviti perzinaan masih berleluasa, maka masalah pembuangan bayi juga tidak akan selesai. Dalam kes ini, bukan pembuangan bayi sahaja yang patut di cegah, tapi kes ANAK HARAM/ANAK TAK SAH TARAF juga sepatutnya dicegah bersama-sama.. Dari itu, jangan hampiri zina.. ]






Wednesday, August 11, 2010

KUMAN SUPER Kebal Terhadap Semua Antibiotik





LONDON - Kuman super yang kebal terhadap apa jua antibiotik dan dikatakan mempunyai potensi besar untuk merebak kini ditemui di kalangan pesakit di beberapa hospital di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Sehingga kini, sebanyak 37 kes sudah dilaporkan dengan kebanyakan pesakitnya didapati pernah mendapatkan rawatan atau menjalani pembedahan di luar Britain sebelum dijangkiti kuman berkenaan.

Di dalam jurnal Lancet Infectious Diseases, para saintis memberi amaran bahawa kuman super tersebut yang merupakan enzim dipanggil New Delhi-Metallo-1 boleh merebak ke seluruh dunia kerana masih belum ada penawar dicipta untuk menanganinya.

Pesakit muda dan tua terdedah kepada kuman super itu.

Ia ditemui baru-baru ini di kalangan pesakit yang mendapatkan rawatan seperti pembedahan plastik, kanser dan pemindahan organ di Asia.

Kuman yang terdiri daripada keluarga Enterobacteriaceae itu bercantum dengan bakteria E.coli, C.diff dan salmonella dan ia boleh menyerang saluran pernafasan.

Enzim terbabit dikatakan boleh berpindah dengan mudah di antara bakteria.

Para pakar bimbang ia akan mula bergabung dengan penyakit-penyakit berbahaya dan membuatkannya kebal terhadap antibiotik.

Seorang pakar, Profesor David Livermore dari Agensi Perlindungan Kesihatan yang merupakan penulis bersama satu penyelidikan dengan Profesor Timothy Walsh dari Universiti Cardiff memberitahu, masalah NDM-1 dijangka menjadi lebih buruk.

"Potensi ia merebak serta menjadi penyakit di seluruh dunia adalah jelas dan menakutkan," katanya lagi. Sepasukan pakar berjaya menemui enzim tersebut di Britain, India, Pakistan dan Bangladesh.

Lebih membimbangkan kini hanya ada dua jenis antibiotik yang boleh menentang NDM-1 tetapi ia juga mungkin tidak mampu bertahan lama. - Agensi




[Ini sangat sangat sangat MENAKUTKAN...]

Kongsi dosa anak berzina

PUTRAJAYA: Seorang ibu tergamak ‘berkongsi dosa’ dengan anak lelaki kesayangannya apabila membiarkan pemuda itu bersekedudukan dengan teman wanita di rumahnya lebih tiga tahun sehingga menghasilkan empat zuriat haram.
Perbuatan pasangan berusia awal 20-an itu terbongkar selepas penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang mendapat maklumat mengenai salah laku mereka menyerbu sebuah rumah di Serdang, dekat sini, kira-kira jam 11 pagi semalam.

Lebih mengaibkan, ketika disoal siasat, pasangan terbabit dengan selamba memberitahu penguat kuasa Jais mereka bersekedudukan sejak sekian lama kerana tidak mempunyai masa untuk berkahwin secara sah dan mendaftarkan perkahwinan.

Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shahrom Maarop, berkata pasangan terbabit dipercayai bersekedudukan sejak lebih tiga tahun lalu sehingga memperoleh empat anak hasil zina yang berusia tiga, dua, setahun serta paling bongsu tiga bulan.

“Penduduk di kawasan itu tertipu dengan perbuatan pasangan terbabit yang dipercayai menggunakan rumah ibu mereka untuk tinggal secara haram sehingga melahirkan anak luar nikah.

“Kebanyakan penduduk menyangka pasangan terbabit sudah bernikah dan mengadakan majlis perkahwinan di tempat lain,” katanya.

Shahrom berkata, dia terkejut dan hairan dengan sikap ibu lelaki terbabit yang langsung tidak mempedulikan dosa dilakukan anak di rumahnya.

Menurutnya, ibu terbabit boleh dianggap bersekongkol dengan anaknya bagi mengelak kegiatan tidak bermoral terbongkar.

“Saya percaya sikap ibu yang tidak kisah dan sayangkan anaknya itu secara berlebihan mendorong dia membenarkan anaknya bersekedudukan sehingga beberapa tahun,” katanya.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati lelaki terbabit bekerja manakala ‘isteri tidak halal’ itu menjadi suri rumah sepenuh masa di rumah ibu mentuanya.

Menurut Shahrom, semua cahaya mata pasangan terbabit tidak memiliki sijil lahir dan beliau diberitahu, semua anak itu disambut ‘bidan misteri’ di kawasan berkenaan tanpa merujuk klinik atau hospital berhampiran.

“Mereka berbuat demikian untuk mengelak salah laku mereka diketahui pihak berkuasa. Perbuatan pasangan terbabit boleh menimbulkan masalah kepada anak mereka yang sudah pasti sukar untuk memasuki alam persekolahan kerana tiada sijil lahir yang sah,” katanya.

Shahrom berkata, pihaknya menahan pasangan terbabit dan membawa mereka ke pejabat Jais di Shah Alam untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan Jais.

Menurutnya, pasangan terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 25, Enakmen Jenayah Syariah Selangor kerana melakukan persetubuhan haram dan Seksyen 29 akta sama kerana melakukan khalwat.

“Kami juga akan memanggil ibu dan bapa pasangan wanita terbabit bagi mengenal pasti punca kegiatan itu berlaku,” katanya.


[Nauzubillah.. Tak tahu nak cakap apa dah.. Tolonglah... Hindarilah ZINA..]






Sunday, August 1, 2010

Tangisan Kesejukan Depan Kedai

NIBONG TEBAL: “Saya sangkakan bunyi anak anjing yang dibuang, tetapi apabila memeriksa bungkusan plastik ini saya terkejut mendapati ia tangisan seorang bayi perempuan yang kesejukan,” kata pekedai, Ng Song Huat, 39. COMEL...bayi perempuan yang ditinggalkan di depan kedai di Taman Cegar, Simpang Ampat, semalam.

Lelaki berkenaan yang tinggal di tingkat satu bangunan rumah kedai itu kebetulan keluar untuk membeli makanan sebelum menemui bungkusan mengandungi bayi yang masih bernyawa itu.

Beliau yang tergamam kemudian memanggil isterinya dan memberi bantuan awal dengan membalut bayi itu dengan kain bagi mengelak kesejukan.


“Ketika ditemui, bayi ini dibaluti kain lampin dan kertas surat khabar serta diletakkan dalam beg plastik sebelum saya mengambilnya dan terus membalut dengan kain tebal kerana dia kesejukan.

“Nasib baik saya jumpa lebih awal kerana jika lewat mungkin bayi ini dimakan binatang liar kerana banyak anjing berkeliaran di sekitar kawasan ini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau kesal dengan tindakan ibu bapa bayi terbabit yang tidak bertanggungjawab dengan meninggalkannya di tepi kaki lima kedainya.

“Saya akan melawat bayi itu selalu selain berniat mengambilnya sebagai anak angkat jika diberi peluang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat berkata, bayi itu ditemui di kaki lima kedai berkenaan dan dipercayai baru dilahirkan beberapa jam sebelum ditemui seorang lelaki.

“Bayi perempuan seberat 2.58 kilogram ini dipercayai dilahirkan di tempat lain dan dibersihkan sebelum ditinggalkan di tempat kejadian.

“Bayi malang itu yang belum dikenal pasti keturunannya dihantar ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk mendapatkan rawatan dan dilaporkan dalam keadaan sihat,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan setakat ini polis tidak mendapat sebarang maklumat mengenai kelahiran bayi itu.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai yang ada maklumat mengenai kejadian itu dan mana-mana klinik serta hospital yang merawat wanita baru bersalin dalam keadaan mencurigakan supaya menghubungi polis bagi membantu siasatan.


[Ini takde lainlah.. mesti hasil daripada penzinaan.. kalau tak, mana ada orang yang tergamak buang anak yang sempurna sifat macam ni, kalau bukan orang itu adalah penzina. Fikir Dahulu Sebelum Buang!!]


Saturday, July 31, 2010

Toreh Nama Kekasih Di Lengan Bukti Cinta

KUALA LUMPUR: Biarpun masih di bangku sekolah, ramai remaja perempuan kini dikesan mengelar lengan hingga berdarah untuk menulis nama kekasih masing-masing, kononnya atas nama cinta.


Mereka melakukan perbuatan itu menggunakan pisau kecil atau mencucuk lengan dengan jarum bagi menghasilkan kesan parut seolah-olah tatu.

Perbuatan itu yang menjadi ‘trend’ terkini di kalangan remaja perempuan didedahkan pakar motivasi dan kaunseling remaja, Ahmadi Din berdasarkan pengalamannya mengendalikan beberapa kes gadis bermasalah.

Ahmadi berkata, baru-baru ini sepasang suami isteri meminta khidmatnya untuk mengatasi masalah anak gadis mereka yang sukar dikawal selepas terjebak aktiviti tidak bermoral dan dia mendapati tangan remaja itu ada kesan torehan nama teman lelakinya.

“Ibu bapa gadis berusia 16 tahun mengadu anak mereka terjebak pelbagai kegiatan tidak bermoral termasuk menghidu gam, merokok, ponteng sekolah dan suka berfoya-foya di disko.

“Selepas mendekati gadis itu saya mendapati lengan tangan kirinya yang mempunyai tanda parut tertulis perkataan yang bermula dengan huruf A. Apabila saya tanya, dia memberitahu tulisan itu nama teman lelakinya,” katanya.

Menurutnya, gadis terbabit mengaku sengaja melukakan tangannya menggunakan jarum sehingga berdarah bagi mengukir nama kekasihnya yang berusia setahun lebih muda daripadanya.

“Dia memberitahu perbuatan itu dilakukannya kerana terpengaruh perbuatan sama oleh rakan sebaya yang mengukir nama kekasih masing-masing pada lengan atau pergelangan tangan.

“Tanpa berselindung, dia mendakwa perbuatan menoreh lengan itu dilakukan bagi membuktikan kesetiaan dan rasa cintanya yang mendalam terhadap kekasihnya yang belajar di sekolah sama,” katanya.

Ahmadi berkata, remaja terbabit tanpa rasa bersalah mendakwa terlalu sayangkan teman lelaki menyebabkan dia hilang pertimbangan dan berani melakukannya.

“Perbuatan itu juga tidak ubah seperti pertandingan bagi membuktikan siapa paling hebat dan berani di kalangan gadis sebaya. Mereka langsung tidak ragu-ragu melakukannya hanya untuk bermegah. Siapa yang mempunyai parut nama paling panjang dianggap paling berani.

“Berdasarkan maklumat dikumpulkan, perbuatan gila mencederakan diri sendiri itu menjadi ‘trend’ baru yang tersebar meluas di kalangan remaja sekolah rendah dan menengah. Jadi, ibu bapa perlu lebih peka dan menyiasat aktiviti anak masing-masing,” katanya.

Ahmadi berkata, kegilaan terbaru itu mungkin diakibatkan kaedah lama menoreh nama pada batang pokok atau kerusi batu di taman rekreasi sebagai bukti cinta dianggap ketinggalan zaman.

“Lebih menyedihkan perbuatan menoreh nama teman lelaki pada lengan hingga berdarah ini sebahagian besarnya dilakukan gadis Melayu yang masih mentah untuk mengenal erti cinta,” katanya.

Menurutnya, perbuatan mencederakan tangan untuk menghasilkan parut tertera tulisan nama seseorang sama seperti membuat tatu dan Islam melarang keras amalan ini.

“Dalam Islam, apa saja perbuatan memudarat dan membahayakan diri adalah haram. Malah, terdapat hadis Rasulullah yang maksudnya Allah melaknat perempuan membuat tatu, perempuan yang meminta dirinya ditatu, perempuan yang meminta bulu keningnya dibuang dan perempuan yang mengikir giginya,” katanya.

Selain itu, kata Ahmadi, daripada sudut kesihatan perbuatan menoreh kulit menyerupai tatu itu boleh menyebabkan gejala bengkak dan gatal pada bahagian ditoreh yang mengundang jangkitan penyakit Hepatitis B atau C jika jarum digunakan tercemar.


Kah kah kah.. apalah bongok sangat budak-budak ni.. nampak sangat perangai kebudak-budakan.. siap ukir nama bf kat lengan.. kah kah kah.. tak matang langsung.. Wei budak-budak.. janganlah bodoh sangat.. kalau korang setia giler pun, belum tentu bf korang tu setia.. nanti korang bila masuk U atau dah dapat keje, lagi korang akan dapat cinta yang sejati.. Tak pun, kalau bf korang tu masuk U, atau dah dapat keje, mesti diorang rambang mata punya.. Mungkin diorang dapat lebih baik dari yang ada sekarang.. Lepas tu, sanggup pulak ukir nama bf kat lengan.. Korang ada nampak ke mak bapak korang ukir nama diorang kat lengan masing-masing ke, kat mana-mana? Ada? Ada? Ada tak?? Mak bapak korang yang dah lama kawin tu pun tak pernah ukir nama diorang masing-masing kat lengan diorang. Setia je.. Habis tu kalau korang putus macam mana? Tak kan nak siat pulak kulit lengan tu.. Bodohnya korang.. Orang lain sibuk nak jaga kulit, korang pulak sibuk nak ukir nama bf kat kulit.. kah kah kah..

Tuesday, July 13, 2010

Anak Dirasuk Nafsu Iblis


KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang ibu apabila menyaksikan sendiri kekejaman anak lelakinya berusia awal 20-an merogol teman wanitanya yang berusia 16 tahun di rumah mereka sehingga gadis berkenaan mengandung, baru-baru ini.
Lebih menyedihkan apabila jeritan dan rayuan wanita berusia awal 40-an itu yang cuba menghalang tindakan keji anak lelakinya tidak diendahkan.


Malah, tindakannya mengetuk pintu bilik anaknya berkali-kali langsung tidak dihiraukan seolah-olah anak lelakinya dirasuk hantu.


Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam hujung bulan lalu di sebuah taman perumahan di Setapak Jaya di sini, mangsa yang juga seorang pelajar dikatakan dirogol empat kali dalam bilik berkenaan.


Bagaimanapun, mangsa hanya membuat laporan polis kelmarin selepas lelaki terbabit enggan bertanggungjawab terhadap perbuatannya sehingga dia kini disahkan mengandung.


Menurut sumber, semuanya bermula apabila pelajar terbabit dipelawa ke rumah suspek untuk mengenali ahli keluarganya.


“Mangsa tidak keberatan mengikut suspek ke rumah berkenaan kerana ibu teman lelakinya juga ingin mengenali remaja berkenaan.


“Selepas tiba di rumahnya dan berkenalan dengan ibu suspek, teman lelakinya itu bagaikan dirasuk hantu apabila memaksa remaja terbabit masuk ke biliknya,” katanya.


Sumber itu berkata, keengganan mangsa berbuat demikian menyebabkan berlaku pergaduhan sebelum suspek mengheret tangannya masuk ke bilik dan mengunci pintu.


“Ibu suspek yang menyedari perbuatan itu mengetuk pintu, menjerit sambil merayu kepada anak lelakinya supaya tidak melakukan perbuatan buruk ke atas gadis berkenaan.


“Malah, ibu suspek berusaha membuka tingkap di bahagian belakang bilik berkenaan untuk mengintai perbuatan anaknya,” katanya.

Menurut sumber itu, sebaik membuka sedikit tingkap bilik berkenaan, dia terkejut sebaik melihat anaknya bergelut untuk merogol teman wanitanya.


“Ibu suspek berlari semula ke pintu bilik berkenaan dan berulang kali mengetuknya, namun anaknya langsung tidak mengendahkan panggilannya,” katanya.


Sumber itu berkata, suspek merogol remaja berkenaan empat kali sebelum menghantarnya pulang ke rumah.


“Pada mulanya, mangsa tidak membuat laporan polis kerana suspek mendakwa akan bertanggungjawab terhadap perbuatannya itu dengan mengahwininya,” katanya.





[Nauzubillah.. Bila nafsu syaitan sudah menguasai diri, usah dipeduli hukum dan adat, apa yang mereka nak buat, mereka buat, akhirnya perut kempis jadi bulat, jangan pulak anak itu nanti di buang merata tempat, pada yang berani buat, beranilah bertanggungjawab.. Tak taulah apa nak jadi dengan dunia pada hari ini. Negara kita semakin maju, tapi inikah yang kita dapat hasil daripada kemajuan. Perzinaan berlaku di sana sini tanpa selindung.. Inilah akibat tidak mengikut hukum ALLAH, sebab itulah dalam Hudud, orang yang berzina itu di hukum sebat 100 kali bagi yang bujang.

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim)]

Sunday, July 11, 2010

Helah tak menjadi


SEORANG anggota penguat kuasa JAWI menghampiri pasangan yang nyenyak tidur dalam kereta di tepi jalan berhampiran Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).


PUTRAJAYA: Tembelang seorang wanita memperalatkan anak kecilnya sebagai penyelamat untuk menutup perbuatan sumbang terbongkar apabila dia ditahan pihak berkuasa ketika melampiaskan nafsu bersama kekasih gelapnya dalam sebuah kereta berhampiran Masjid Putra di sini, pagi kelmarin.
Perbuatan maksiat wanita berusia 24 tahun itu, terbongkar selepas dia dan teman lelakinya dicekup dalam sebuah kereta oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) cawangan Putrajaya ketika menjalankan operasi cegah maksiat awal pagi kelmarin.
Sumber berkata, pasangan terbabit menggunakan pelbagai alasan dan berkeras menafikan mereka berkhalwat di Jambatan Putra berhampiran Masjid Putra di sini.
Katanya, wanita berkenaan mendakwa mereka tidak melakukan sebarang perbuatan menyalahi undang-undang dan tertidur di situ kerana kepenatan selepas bersiar-siar sekitar Putrajaya.

“Pada mulanya, wanita itu mendakwa bayi terbabit adalah hasil perkahwinan dengan pasangannya kira-kira setahun lalu. Bagaimanapun, tembelang wanita terbabit pecah apabila ‘suaminya’ mengaku bahawa mereka sudah berkahwin sejak 2002.

“Malah, hasil soal siasat mendapati wanita terbabit pernah menjadi mangsa rogol lelaki lain sehingga melahirkan seorang anak luar nikah, manakala teman lelakinya yang baru dikenali kira-kira dua bulan lalu itu sudah berkahwin dan mempunyai dua anak,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Berikutan itu, Jawi mengeluarkan saman mengarahkan pasangan terbabit hadir ke pejabat agensi itu di Putrajaya bagi memberi keterangan mengikut Seksyen 29 Akta Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 kerana disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam.

Mereka antara 29 pasangan kekasih berusia antara 20 hingga 35 tahun yang ditahan dalam operasi mencegah maksiat sempena cuti hari minggu, membabitkan kira-kira 20 pegawai penguat kuasa JAWI cawangan Putrajaya.

Operasi yang bermula jam 10 malam hingga 1 pagi kelmarin itu adalah antara usaha berterusan JAWI bagi ‘membersihkan’ kawasan di Putrajaya terutama persekitaran Masjid Putra, Jambatan Seri Wawasan, Pusat Beli-Belah Alamanda dan Stesen Putrajaya Sentral daripada gejala maksiat.




[TAHNIAH diucapkan kepada JAWI kerana berkerja keras untuk membenteras maksiat di sekitar Putrajaya ini. Memang, selama ini telah banyak maksiat berleluasa di sekitar Putrajaya ini. Samada kita sedar atau tidak. Maksiat yang bersembunyi di celah-celah ketenangan Putrajaya ini. Sama-sama kita berdoa, agar pihak JAWI akan sentiasa terus memantau maksiat di sekita putrajaya.. Harap jawi dapat menguar-uarkan hotline jawi dan nombor SMS untuk kita sama-sama melaporkan sekiranya ada kegiatan maksiat. Seperti RAKAN COP. Sama-samalah mencegah maksiat..]


Aduan/ Cadangan

Aduan boleh dibuat melalui 4 cara iaitu :-

1) Menggunakan Hotline kami di talian:

* JAWI Kuala Lumpur : 03 - 2274 9333
* JAWI Labuan : 087 - 415 311
* JAWI Putrajaya : 03 - 8884 2600

2) Menghantar aduan menggunakan Fax disetiap cawangan berikut:

* JAWI Kuala Lumpur : 03 - 2273 1575
* JAWI Labuan : 087 - 417 595
* JAWI Putrajaya : 03 - 8884 2700

3) Hadirkan diri ke JAWI untuk membuat laporan bertulis.
4) Aduan/cadangan/komen boleh melalui e-mail di alamat

* Aduan Umum : aduan@jawi.gov.my This e-mail address is being protected from
* Aduan maksiat/kesalahan jenayah syariah : penguatkuasa@jawi.gov.my

SMS
JAWI jarak ADUAN jarak Aduan anda
hantar ke 15888

Wednesday, July 7, 2010

Gadis Berani Mati Curi Kereta JPM




PORT DICKSON: Wanita yang pernah melarikan kenderaan milik pegawai Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yang menahannya kerana berkhalwat pada Mei lalu, ternyata berhati kering apabila sekali lagi mengulangi perlakuan jenayah sama.




Bezanya, kali ini dia mencuri sebuah kereta milik Jabatan Perdana Menteri (JPM) menyebabkan dikejar enam kereta peronda polis (MPV) sejauh kira-kira 80 kilometer sebelum terbabas di sebuah ladang kelapa sawit di Batu 11, Kampung Segenting di sini, kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 malam, wanita yang berusia 26 tahun melarikan Proton Waja JPM yang ditinggalkan di sebuah rumah di Batu Berendam, Melaka, dalam keadaan enjin masih hidup.

Sebelum itu, pemandu kereta berkenaan menghantar seorang pegawainya pulang dan keluar dari kereta untuk membantu mengangkat barangan masuk ke rumah.
Apabila keluar semula, pemandu mendapati keretanya sudah tiada di depan rumah lalu memberitahu pegawainya.

Mereka cuba mengesan kereta itu menggunakan kenderaan lain sambil memaklumkan kepada polis mengenai kejadian itu. Beberapa MPV kemudian mengesan ia di kawasan Alor Gajah.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Baljet Singh berkata, kira-kira jam 8.30 malam, polis dimaklumkan sebuah Proton Waja berwarna cerah milik JPM dipandu seorang wanita secara melulu menuju pekan Alor Gajah.

“Enam kereta peronda mengesan kereta dipandu laju wanita itu dan mengejarnya. Polis cuba menahan kereta itu di sekitar Kuala Linggi sebelum memasuki kawasan jambatan Kuala Linggi, tapi wanita itu bertindak luar dugaan apabila dengan merempuh belakang kereta peronda dan berpatah balik menuju arah Kuala Sungai Baru.

“Dia memecut laju kereta curi itu ke Paya Mengkuang dan beberapa kali membuat pusingan untuk mengelak ditahan. Dia berpatah balik ke Kuala Linggi sebelum menuju arah pekan Pasir Panjang dan memecut laju menghala Port Dickson.

“Enam kereta peronda mengesan kereta dipandu laju wanita itu dan mengejarnya. Polis cuba menahan kereta itu di sekitar Kuala Linggi sebelum memasuki kawasan jambatan Kuala Linggi, tapi wanita itu bertindak luar dugaan apabila dengan merempuh belakang kereta peronda dan berpatah balik menuju arah Kuala Sungai Baru.

“Dia memecut laju kereta curi itu ke Paya Mengkuang dan beberapa kali membuat pusingan untuk mengelak ditahan. Dia berpatah balik ke Kuala Linggi sebelum menuju arah pekan Pasir Panjang dan memecut laju menghala Port Dickson.


“Kira-kira jam 10.30 malam, kereta dipandu suspek dikatakan hilang kawalan ketika melalui kawasan berbukit di selekoh di Batu 11, Jalan Segenting-Port Dickson sebelum kenderaan itu berpusing beberapa kali di kawasan ladang kelapa sawit dan menjunam ke dalam gaung di kanan jalan.

“Suspek ditahan dalam keadaan separuh sedar dan mengalami perdarahan yang banyak di kepala. Dia dibawa ke Hospital Port Dickson untuk pemeriksaan sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, untuk rawatan lajut,” katanya ditemui di tempat kejadian di sini.

Turut sama Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin.

Baljet berkata, selepas pemeriksaan, pihaknya mendapati lesen memandu suspek sudah tamat tempoh sejak Januari lalu dan semakan mendapati wanita berkenaan masih dalam jaminan dan pengawasan polis atas kesalahan dadah sebelum ini.

Mei lalu, dia melarikan diri daripada tahanan Jaim selepas ditahan kerana berkhalwat dengan teman lelakinya. Dia melarikan kenderaan milik pegawai Jaim untuk pulang ke rumah keluarganya di Alor Gajah.

[Orang-orang yang seperti inilah yang selayaknya menyertai MISI BANTUAN KEMANUSIAAN ke GAZA. Daripada dia mati katak kerana mencuri kereta, kan ke lebih mulia kalau dia mati kerana ditembak Israel semasa menghantar bantuan kemanusiaan. Kepada beliau, aku nasihatkan, lepas ni cepat-cepatlah daftar diri untuk menyertai bantuan kemanusiaan ke GAZA]