Nuffnang

Wednesday, July 25, 2012

myMetro | Dera hingga pecah usus


KUANTAN: “Saya tidak akan memaafkannya dan tidak sesekali menerimanya semula,” kata Norhidayah Ahmad, 22, ibu kepada bayi berusia lapan bulan yang disahkan doktor pecah usus dipercayai akibat didera teman lelaki ibu kandungnya itu.
Norhidayah yang juga ibu tunggal berkata, dia tidak menyangka teman lelakinya berusia 19 tahun itu sanggup mendera Mohamad Adam Mikhail Abdullah kerana kekasihnya itu sangat menyayangi anaknya.
“Selepas apa yang berlaku, dia tidak boleh terlepas daripada perbuatannya.
Saya mahu dia rasa azab yang Adam rasa,” katanya yang ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, semalam.
Norhidayah berkata, dia hanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena terhadap Adam apabila anaknya itu kelihatan tidak bermaya dan muntah-muntah ketika dia pulang dari tempat kerja, awal pagi kelmarin.
Sebelum itu, Norhidayah meninggalkan Adam kepada suspek ketika keluar bekerja di tapak ekspo di hadapan Terminal Makmur, di sini, jam 8 malam Isnin lalu dan pulang semula ke bilik sewa pada jam 3 pagi kelmarin.

[Memanglah Malaysia ni aman, sebab itu orang-orang yang di sangka baik pun boleh melakukan jenayah. Malas nak komen pasal kes ni, lagipun perkara ini boleh berlaku pada sesiapa saja. Cuma satu pendapat aku, kalau orang yang menjaga solat, confirm tak akan buat macam ni. Bayi 8 bulan, tau apa. Gigi pun baru nak tumbuh, tengah comel-comel.. dia pegi belasah pulak. Kalau mati anak tu, confirm dia pun ke tali gantung. Masa tu Apa pun Tak bOleh!! ]



myMetro | Dera hingga pecah usus

Tuesday, July 17, 2012

myMetro | Jual tubuh demi gajet

JOHOR BAHRU: Kegilaan terhadap pelbagai gajet dan alat telekomunikasi canggih menyebabkan seorang gadis berusia 14 tahun menjual tubuh termasuk meniduri lelaki berusia 60-an bagi mendapatkan wang untuk membeli barangan kegemaran mereka itu.
Perlakuan pelajar tingkatan dua dari Ulu Tiram, dekat sini, itu terbongkar apabila keluarganya menyedari dia memiliki barangan berjenama serta gajet terbaru yang setiap satu daripadanya berharga ribuan ringgit.
Gadis terbabit pada awalnya mendakwa gajet berkenaan kepunyaan rakan sekolah namun keluarga yang curiga membawanya mendapatkan kaunseling di Pejabat MCA Johor Jaya sebelum dia mengakui menjual tubuh kerana mahu memiliki barangan berkenaan.

Ketika berkongsi pengalamannya, gadis mahu dikenali sebagai Sarah berkata, dia terbabit kegiatan tidak bermoral itu sejak awal tahun ini.

“Setiap kali menjual tubuh, saya memperoleh RM200 hingga RM300. Jumlah itu lumayan dan membolehkan saya membeli pelbagai gajet terbaru seperti komputer tablet termasuk iPad dan telefon pintar, BlackBerry selain beg tangan berjenama terkenal.



myMetro | Jual tubuh demi gajet



[ Alahai budak-budak ni.. Sebelum ni pun bukannya tak de kisah-kisah remaja yang terlanjur.. dah banyak kali dah. Tapi diorang ni tak pernah ambil pengajaran.. Lepas tu bila dah terlanjur, pandai pulak meyesal.. Tolong lah.. janganlah sampai terlanjur.. Syaitan tu memang suka sangat melihat umat Muhammad berzina.. Adoii... Bila lah HUDUD nak di laksana ni.. Harap cepatlah sikit.. Dah tak sanggup aku tengok budak-budak ni rosak.. Ini yang ada dalam berita, yang off record mesti lagi banyak..]