Nuffnang

Wednesday, July 25, 2012

myMetro | Dera hingga pecah usus


KUANTAN: “Saya tidak akan memaafkannya dan tidak sesekali menerimanya semula,” kata Norhidayah Ahmad, 22, ibu kepada bayi berusia lapan bulan yang disahkan doktor pecah usus dipercayai akibat didera teman lelaki ibu kandungnya itu.
Norhidayah yang juga ibu tunggal berkata, dia tidak menyangka teman lelakinya berusia 19 tahun itu sanggup mendera Mohamad Adam Mikhail Abdullah kerana kekasihnya itu sangat menyayangi anaknya.
“Selepas apa yang berlaku, dia tidak boleh terlepas daripada perbuatannya.
Saya mahu dia rasa azab yang Adam rasa,” katanya yang ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, semalam.
Norhidayah berkata, dia hanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena terhadap Adam apabila anaknya itu kelihatan tidak bermaya dan muntah-muntah ketika dia pulang dari tempat kerja, awal pagi kelmarin.
Sebelum itu, Norhidayah meninggalkan Adam kepada suspek ketika keluar bekerja di tapak ekspo di hadapan Terminal Makmur, di sini, jam 8 malam Isnin lalu dan pulang semula ke bilik sewa pada jam 3 pagi kelmarin.

[Memanglah Malaysia ni aman, sebab itu orang-orang yang di sangka baik pun boleh melakukan jenayah. Malas nak komen pasal kes ni, lagipun perkara ini boleh berlaku pada sesiapa saja. Cuma satu pendapat aku, kalau orang yang menjaga solat, confirm tak akan buat macam ni. Bayi 8 bulan, tau apa. Gigi pun baru nak tumbuh, tengah comel-comel.. dia pegi belasah pulak. Kalau mati anak tu, confirm dia pun ke tali gantung. Masa tu Apa pun Tak bOleh!! ]



myMetro | Dera hingga pecah usus

No comments:

Post a Comment