Nuffnang

Monday, June 21, 2010

Pembangkang tak fokus jenayah

MCPF kesal aktiviti pencegahan kurang dilaksana berbanding negeri di bawah BN

SUBANG JAYA: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) kesal dengan negeri diperintah pembangkang kerana tidak banyak melaksanakan program membabitkan aktiviti pencegahan jenayah dan keselamatan berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ahli Exco MCPF, Tan Sri Robert Phang, berkata kerajaan negeri pembangkang juga sepatutnya membantu Kerajaan Persekutuan dengan mengadakan program jelajah keselamatan bagi menyedarkan orang ramai berhubung kepentingan mencegah jenayah, terutama di kawasan panas. Beliau merayu pembangkang menyediakan sedikit peruntukan untuk membeli peralatan atau mengadakan sesi ceramah membabitkan aspek keselamatan di negeri ditadbir mereka. “Jenayah juga boleh berlaku di kawasan mereka, jangan letakkan tanggungjawab itu sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kita merayu agar wakil rakyat lebih kerap mengadakan aktiviti kesedaran jenayah di kawasan masing-masing bagi memastikan tahap keselamatan dapat ditingkatkan,” katanya pada sidang media pada Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Syarikat Pro ICE Sales Services dan MCPF di sini, semalam.

Hadir sama Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mammah.

Beliau berkata, sekiranya wakil rakyat bersama-sama turun padang dan mengadakan aktiviti kemasyarakatan mengenai keselamatan, ia akan dapat membantu polis dan MCPF dalam membanteras jenayah.
“Kita melihat wakil rakyat daripada parti pembangkang kurang memfokuskan isu jenayah berbanding Kerajaan Persekutuan seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang selalu memberi kesedaran berhubung aspek keselamatan,” katanya.

Sementara itu, Omar berkata, permintaan tinggi terhadap alat ganti kenderaan terpakai menggalakkan lebih banyak jenayah membabitkan kecurian kereta.

Beliau berkata, orang ramai memilih penggunaan alat ganti terpakai kerana harganya murah tanpa memikirkan kemungkinan berasal daripada kenderaan curi.

“Saya tidak menafikan faktor kecurian kereta berikutan kecuaian dan sikap orang ramai terhadap keselamatan kenderaan, tetapi ia juga berpunca daripada permintaan terhadap alat ganti terpakai itu,” katanya.

Petikan BERITA HARIAN ONLINE



[ Baru buat program 2-3 tahun dah mendabik dada. Sedangkan jenayah tu dah ada sejak berpuluh tahun dulu. Mereka patut sedar, salah satu sebab kenapa ada negeri-negeri yang jatuh ke tangan pembangkang adalah kerana kesedaran rakyatnya untuk membendung jenayah. Rakyat memilih pembangkang kerana setelah bepuluh tahun kerajaan BN memerintah, kegiatan jenayah semakin menjadi-jadi. MCPF/kerajaan hanya fokus kepada kes-kes seperti kecurian, alat ganti kenderaan. Bagaimana dengan kes-kes ragut, bunuh dan rogol asyik kita dengar saban hari. Kes perzinaan dan pembuangan anak semakin menjadi-jadi. Sebenarnya kes-kes seperti inilah boleh meruntuhkan negara, secara halus, tanpa kita sedari. Bukan kehilangan kenderaan yang di jadikan alat ganti yang kita risaukan, tapi masaalah ini lebih serius lagi. Cara mengatasi masaalah sosial tidak cukup hanya dengan mengadakan aktiviti kesedaran jenayah, tetapi kita harus menambahkan dengan mengadakan majlis-majlis ilmu. Ilmu dunia dan akhirat. Ceramah agama di masjid-masjid, surau-surau, balai raya dan sebagainya. Sebenarnya, memang inilah yang matlamat PAS pun.. Tapi bila ceramah dibuat di masjid/surau, mereka kata ini ceramah politik...]


No comments:

Post a Comment