
TERPEDAYA...mangsa menunjukkan laporan polis. Wanita terbabit dikatakan menggunakan laman sosial facebook memerangkap mangsa dengan kata-kata manja dan menggoda sebelum mula menceritakan masalah kewangan dihadapinya bagi mendapatkan simpati dan seterusnya bantuan daripada lelaki yang cintakannya.
KUALA LUMPUR: Bahana cinta siber menyebabkan lebih 10 lelaki bukan sekadar mendapat cinta palsu daripada seorang wanita ‘jelita’, malah ditipu ribuan ringgit tanpa mengenali identiti sebenar kekasih maya mereka.
Seorang mangsa yang ingin dikenali sebagai Suresh, 28, berkata dia mula mengenali wanita terbabit melalui laman sosial berkenaan kira-kira enam bulan lalu yang menggunakan nama Sai Sailani, selepas wanita terbabit menjemputnya menjadi sahabat facebook dan mempelawanya untuk berkenalan.
Katanya, pada mulanya dia gembira kerana jika dilihat daripada gambar dilampirkan pada profil, wanita terbabit berperwatakan cantik dan seksi.
“Selepas beberapa minggu berkenalan, saya mula jatuh hati kepadanya yang begitu pandai bermain ayat cinta.
“Namun apabila diajak berjumpa, wanita terbabit memberi pelbagai alasan. Wanita berkenaan juga mula membuat cerita sedih kononnya dia kesempitan wang menjalankan perniagaan sehingga saya tertipu dengan memasukkan sejumlah wang ke akaun banknya,” katanya di sini, semalam.
Suresh berkata, dalam tempoh enam bulan itu, dia sudah memasukkan RM1,600 ke akaun Sai kerana percaya wanita terbabit benar-benar mencintainya dan berada dalam kesusahan.
“Pernah sekali dia kata terlalu kesempitan duit dan terpaksa menanggung bapa yang sakit tenat sehingga ingin membunuh diri,” katanya.
Seorang lagi mangsa dikenali sebagai Jaya, 32, yang juga rakan baik Suresh berkata, dia berkenalan dengan Sai Sailani juga melalui laman facebook.
Katanya, selepas ‘mengikatnya’ sebagai sahabat siber, wanita terbabit mengaku dia rakan baik kepada seorang lagi rakannya dan akan berkahwin tidak lama lagi.
Menurutnya, wanita itu menggunakan helah sama menipunya iaitu dengan mengatakan dia kesempitan wang dan berdepan pelbagai masalah.
“Sejak kenal dengannya, saya sudah anggap dia macam adik sendiri kerana bakal berkahwin dengan teman rapat saya sehingga saya sanggup memasukkan RM5,500 ke akaun banknya.
“Bagaimanapun, saya mula mengesyaki sesuatu selepas mendapati nama tercatat pada akaun bank tidak sama dengan nama diberikan wanita terbabit, lalu menyiasat latar belakang sebenarnya,” katanya.
Menurutnya, selepas mendapat alamat rumah dan tempat wanita itu bekerja, dia dan Suresh kemudian pergi menemuinya di pejabat.
Hasil kerjasama majikan di pejabat berkenaan, wanita terbabit ditemui dan selepas diajukan pelbagai pertanyaan, dia akhirnya mengaku segala penipuan dilakukan.
“Kami terkejut apabila buat pertama kali bertemu kerana susuk tubuh wanita itu langsung tidak sama dengan profil diberikan dalam facebook. Dia gemuk dan tidak menarik langsung.
“Selepas itu, kami menemui keluarganya dan mereka memberitahu kami bukan orang pertama ditipu wanita berkenaan, malah sebelum itu lebih lapan lelaki datang mengadu perkara sama,” katanya.
Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, Jumaat lalu, namun dimaklumkan pihak berkuasa hanya boleh mengambil keterangan daripada suspek dan sukar mensabitkan atas kesalahan menipu kerana wang berkenaan dimasukkan sendiri oleh mangsa tanpa paksaan.
“Wanita terbabit berjanji akan memulangkan wang kami tetapi hingga kini masih gagal melunaskannya.
“Kami tahu mungkin sukar mendapatkan kembali duit, tetapi mendedahkan perkara ini supaya orang lain tidak tertipu seperti kami,” katanya.
sumber HARIAN METRO
[ Bila baca artikel ni, rasa nak tergelak pun ada, geram, simpati pun ada. Kalau dah dilamun cinta, memang tak kenal yang 'real' dengan yang 'maya'. Kata orang dulu-dulu, bila bercinta dengan kekasih yang tak wujud ni, diorang kata bercinta dengan 'ORANG BUNIAN'. Cuma orang bunian ni tak mintak duit. Sebab tu lah orang kata 'CINTA ITU BUTA'. Kalau orang buta bercintapun, walaupun dia tak nampak tapu sekurang-kurangnya dia boleh rasa. Tapi bila bercinta kat internet ni, boleh rasa apa? Jari pun cuma boleh rasa tekan keyboard & mouse. Yang bermain hanya hati dan perasaan. Sebab tu, dalam diri seseorang, perkara yang paling penting ialah hati. Bila baik hati kita, baiklah semuanya. Tapi bila orang lain dah control hati kita, hilang beribu ringgit pun tak pe. Buat repot polis pun bukan boleh dakwa. Sebab semuanya dilakukan dengan rela.
Dah sampai masanya sistem perundangan kita kena mencipta satu mekanisma yang boleh mensabitkan seseorang atas kesalahan memainkan hati dan perasaan. Kerana ini juga merupakan satu jenayah. Kegiatan ini boleh menyebabkan mangsa kerugian beribu ringgit, malah kalau kes itu menjadi sangat serius, mungkin boleh mengakibatkan kecederaan atau maut, apabila mangsa yang kecewa mengambil keputusan untuk bunuh diri.]
Aku teringat lagu nanyian Adam.
Adam - Tak Tahu
Amaran kepada pihak berkuasa
Ini satu kes ragut aku mangsanya
Tiada harta yang hilang hanya perhatian dicuri
Di bawa lari tergagau ku di sini
Suspek seorang wanita rupa paras menawan
Sekeras-keras jejaka pun bisa dicairkan
Jika ada mengesan status dan lokasi
Silalah hubungiku A.S.A.P.
Susahnya nak ikut hati bila pengalaman mengajar
Jangan gopoh…gelojoh…terlalu mudah jatuh cinta
Tapi apakah diagnosisnya jika symptom asyik merindu
Mungkin demam cinta melanda setiap pelusuk tubuhku
Tak ku sangka ku yang tabah turut rebah
Tak tahan perasaan bila berdampingan
Tak terkawal tak ku sangkal ku terkena
Tak tentu hidupku…oh kelibat kamu
Ha ha..tak tahu…apa kau dah buat padaku?
Kini ku termimpi-mimpi ku menagih kasih
Ha ha..tak tahu…oh semuanya salahmu!
Menggoda hatiku…jawablah kau…ku tak tahu
Ku cuba alih pandangan kau tetap berada di situ
Seperti angin… yang dingin… teruja setiap romaku
Bagaimanakah caranya untuk ke peringkat seterusnya
Kerna dah bosan mendengarkan “cukuplah sekadar kawan”
Ku berlagak tenang di hati bergoncang
Ku nafikan diri ku telah dicuri
Walaupun tak jelas ku nyata terjejas
Lari konsentrasi…oh hampir sepanjang hari
Ha ha..tak tahu…apa kau dah buat padaku?
Kini ku termimpi-mimpi ku menagih kasih
Ha ha..tak tahu…oh semuanya salahmu!
Menggoda hatiku…jawablah kau…ku tak tahu
Jika dibawa ke muka pengadilan
Tak mungkin kau akan dapat dibela
Oh sabitlah dia dengan kesalahan
Meragut hatiku dengan niat permain perasaan
Bukan kes tak sakit cari penyakit
Siapa tak tertarik dengan penampilan gerek
Ramping bergaya hingga hujung kaki
Wanita idaman setiap lelaki
Benar belaka ini semua angkaranya
Jiwa kelam kabut bagai dilanda ribut
Akan ku cuba membuat dia terpikat padaku
Entah hendak atau tidak…aku tak tahu
Ku… ku tak tahu… (4x)
Ha ha..tak tahu…apa kau dah buat padaku?
Kini ku termimpi-mimpi ku menagih kasih
Ha ha..tak tahu…oh semuanya salahmu!
Menggoda hatiku…jawablah kau…ku tak tahu
Ha ha..tak tahu…apa kau dah buat padaku?
Ha ha..tak tahu…jawablah kau ku tak tahu!
No comments:
Post a Comment