Nuffnang

Thursday, August 28, 2014

Jaga tembak siling bank

Raub: Seorang pengawal keselamatan ditahan selepas secara tidak sengaja melepaskan satu das tembakan sehingga mengakibatkan siling serta tangki air di sebuah bank, di sini, pecah, kira-kira jam 4.30 petang, kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ab Rahim Ab Razak berkata, siasatan awal mendapati, kejadian itu disedari seorang pegawai bank berkenaan yang bertugas sebelum bergegas ke belakang premis untuk melakukan pemeriksaan.

“Ketika tiba di belakang premis itu, pegawai bank terbabit mendapati seorang pengawal keselamatan yang berusia 50 tahun berada di stor berhampiran tandas di situ dalam keadaan terkejut dan ketakutan,” katanya, di sini, semalam. Menurutnya, pegawai bank berkenaan kemudian menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub untuk meminta bantuan dan tindakan susulan sebelum sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah bergegas ke tempat kejadian.

No comments:

Post a Comment